SKOP: Jurnal Pendidikan STEM Kent merupakan jurnal yang berwasit yang menerbitkan artikel asli dalam aspek Pendidikan STEM. Jurnal ini juga menerbitkan artikel penyelidikan pendidikan bersifat umum dan menyumbang kepada pembangunan Pendidikan STEM
PENGHANTARAN: Artikel yang diterbitkan hendaklah sebuah karya asli dan belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar serentak untuk pertimbangan mana-mana penerbitan lain. Artikel hendaklah ditulis kurang dari 12 muka surat dan mematuhi format yang disediakan seperti dalam template berikut. Artikel dan surat iringan boleh diemailkan kepada;
Ketua Editor
Jabatan STEM,
IPG Kampus Kent,
Peti Surat 2, 89207, Tuaran, Sabah, Malaysia
u.p. Puan Low Kee Sun
Email:
HAK CIPTA: Penulis bertanggungjawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar mana-mana hak cipta. Editor dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran hak oleh penulis.
PENILAIAN: Artikel akan melalui proses double-blind review dan akan dinilai oleh sekurang-kurangnya dua penilai yang berlainan. Keputusan mengenai penerbitan artikel adalah berasaskan cadangan penilai. Kriteria penilaian adalah berdasarkan kesesuaian karya untuk Jurnal Pendidikan STEM Kent, nilai sumbangan terhadap disiplin, kesesuaian karya dari aspek konseptual dan teknikal serta kejelasan persembahan penulisan.