Jurnal Pendidikan STEM Kent diterbitkan sekali setahun oleh Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Penerbitan jurnal ini bermula pada November 2022. Jurnal ini menerbitkan karya asli mengenai semua aspek yang berkaitan dengan pendidikan STEM. Walau bagaimanapun, jurnal ini juga menerbitkan artikel penyelidikan pendidikan bersifat umum dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan STEM.
Tujuan utama jurnal ini ialah untuk menyediakan platform kepada para penyelidik untuk menerbitkan artikel penyelidikan, kertas konsep dan ulasan-ulasan buku yang berkaitan dengan pendidikan STEM. Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Penghantaran artikel dan surat iringan hendaklah diemel kepada:
Ketua Editor
Jabatan STEM,
IPG Kampus Kent,
Peti Surat 2, 89207, Tuaran, Sabah, Malaysia